Sunday, March 22, 2009

Resepi Talam & Kuih Lapis

KUIH LAPIS JAGUNG

Bahan A:
4 cawan santan
2 cawan tepung gandum
1 cawan gula pasir
2 sudu makan tepung beras
2 sudu makan tepung kastard
1 sudu teh garam

Bahan B:
1/2 cawan jagung - dikisar
1/2 cawan air - dikisar

Bahan C:
1/2 cawan air suam
1 sudu makan serbuk koko - dibancuh & ditapis

Cara membuat:
1. Satukan bahan A hingga sebati. Tapiskan, bahagikan adunan kepada dua.
2. Masukkan bahan B dalam adunan pertama dan bahan C dalam adunan ke-2.
3. Panaskan pengukus. Sapukan sedikit minyak masak pada loyang.
4. Bubuh satu senduk adunan koko dalam loyang dan kukus selama 5 minit.
5. Kemudian tuangkan pula satu senduk adunan jagung di atas adunan koko tadi. Kukus semula selama 5 minit.
6. Lapiskan dan kuku adunan koko dan jagung berselang seli warna seperti proses di atas sehingga kedua adunan habid.
7. Sejukkan kuih ini sebelum dipotong.

No comments:

Post a Comment