Monday, September 26, 2022

LATIHAN BUAT ANAK MURID PERNIAGAAN SPM



https://docs.google.com/spreadsheets/d/1WW9oz6KH8_AlUrzhsGHwSL4wYUqG_uTS/edit?usp=drive_web&ouid=101581467251178234354&rtpof=true


surat ikatan perjanjian

https://docs.google.com/spreadsheets/d/1_NbOxqESrV5A00ESAfm8kP8t-bLfHxNN/edit?rtpof=true


soalan set 7

https://docs.google.com/forms/d/16hmepfOf3KebDfsnvpwNygtTge0kn03otWxwJMZQkNw/edit


Friday, April 3, 2020

Kek Gula Hangus

Kek Gula Hangus

4biji telur 
1 cawan tpg gandum
1 cawan susu pekat 
2tsp vanilla essence
2tsp baking soda

gula hangus: 
1 cwan gula 
1 cwan air pnas 
2 tbsp butter 

Pnaskn kuali msukkn gula, biar gula masak hingga perang n cair pastu msuk air panas.Ttup api, msukkn butter kcau smpai xbrktul. Ketepikann.

Adunan: 
Pecah kan telur & kacau lembut,
Masukkan susu , esen vanila dan kacau sebati sahaja,
Masukkan adunan tepung yg diayak selang seli dgn air gula hangus tadi (yg masih suam). Kacau sebati, tapis dlm loyang, perap dlm loyang selama 2-4 jam baru boleh kukus@ bakar. 

Kukus sejam -api sederhana @
Bakar oven 170- 45minit.

Serabai

2 cwn tpg beras
1 cwn tpg gandum
1/2 kotak santan kara
2 sudu besar mauripan
Air  agak2
Gula 1 sudu
Cara buat: bancuh tepung dgn semua bhn pastu perap 1/2 jam. Dah naik buat la serabai.

Kuah
1 paket kecik sagu basuh
Air bg mendidih pastu boh sagu
Gula agak2 nak manih sendiri
Santan 1/2 kotak

Tuesday, November 29, 2016

Resepi kek gula hangus mudah

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
2 sudu teh soda bikarbonat
4 biji telur - Gred A
1 cawan susu pekat manis

Gula Karamel
1 cawan gula pasir
1 cawan air panas
2 sudu teh mentega

Cara-cara Menyediakan :
Mula-mula sediakan gula karamel terlebih dahulu dan sejukkan. Masukkan gula pasir kedalam kuali dan masak dengan api sederhana sehingga cair dan keperangan. Berhati-hati, masukkan air panas dan mentega. Ketepikan seketika sehingga sejuk.

Didalam mangkuk besar, ayak tepung gandum dengan soda bikarbonat dan ketepikan seketika.

Didalam mangkuk pengadun pula, putar telur dengan susu pekat hingga kembang dan masukkan tepung sedikit demi sedikit. Akhir sekali masukkan gula karamel yang telah sejuk dan kacau rata.

Tuang kedalam loyang dan tutup dengan aluminium foil supaya air tidak menitik keatas kek.

Kukus dengan api sederhana selama sejam atau sehingga kek masak.

Resepi asal - http://fizalgk.blogspot.my/2016/04/kek-gula-hangus-kukus.html

Tuesday, November 15, 2016

Kek Marble Butter Cheese

Ingat arini nk rest...tapi tokak time hujan ni mmg demand!! Nmpk ada cream cheese dlm fridge...ok..jom buat KEK MARBLE BUTTER CHEESE. Mmg sgt moist lomak rasa cream cheese...uolls should try. Resepi di bawah.

Bahan A
250gm cream cheese ( saya guna tortura je)
150gm butter
200gm gula castor
1 sdt esen vanilla
4 biji telur ( saya guna gred B )
120ml susu cair
2 sdb serbuk cocoa ( saya larutkan dlm sedikit air utk buat adunan coklat)

Bahan B ( ayak semua bahan)
250gm tepung gandum ( saya guna cap bunga ros)
4 sdb susu tepung
1 sdt baking powder
1/2 sdt soda bicarbonate

Cara:
1. Satukan butter, cream cheese dan gula putar hingga kembang.
2. Masuk telur satu persatu dan esen vanilla.
3. Masuk bahan ayak sedikit demi sedikit selang seli dgn susu cair.
4. Stop mixer, kaub balik adunan.
5. Bahagikan adunan kepada dua..satu letak serbuk cocoa yg da dilarutkan dlm sedikit air.
6. Bole deco kek anda. Saya gunakan loyang 8 x 8 inci. Bakar suhu 160c selama 45 minit ikut oven masing2.

MSK HOME BAKERY

Sunday, October 16, 2016

Roti Nan Cheese Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan..

-1kilo tepung gndum

- ½ cawan plnta

- ½ cawan gula

- 2½ cawan air

- 1 sdb mauripan

- Cheese keping

Cara-cara:-
1. Masukn gula dalm air kacau..

2. Masukn tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati... pastu tuang air + gula ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat tapi jangan keras bncuhan.... tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.

3. Bila bncuhan dah naik tumbuk-tumbuk kan tepung tu.. pastu uli bulat2 besar dan masukn chese ke dalam tepung dan canaikan leper.... biar dalam 15 minit pastu masak dalam kuali pan dengan api perlahan... tutup kuali dengan penutup dan bila dah nampak masak sapukn dengan majerin... tu membuat roti jadi sedap bau nye... potong dan boleh makan cicah dengan kari dal atau terpulang nak cicah ape aje ....

Sumber : FB Kamariah Maria

Friday, January 9, 2015

Mendonut

Cerita hari nie... al kisah kemarin pergi upah baju di rumah jiran depan rumah. Masa pergi kak Ayu beritahu dia tengah goreng donut. Kak Ayu bagi sepiring wow lembutnya.... anak-anak kemain berebut suka. Sebelum ni pernah juga aku buat donut tapi kurengg lembut huhu...

Maka hari ni try test la buat.. rupa-rupanya kena bubuh minyak sikit dalam doh dan gabungkan yis dan baking powder... baru la tembam dan lembut donut tu..

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1/2 peket yis mauripan
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula

Cara buat
1. Bancuh yis , gula dalam air suam.
2. Gaul tepung dan baking powder.
3. Satukan bancuhan yis dan tepung. Masukkan telur, marjerin dan minyak.
4. Uli sehingga doh lembut.  Biarkan naik 2 kali ganda.
5. Bentukkan dan goreng.  Angkat dan gaul dengan gula halus.

Selamat mencuba!