Thursday, June 4, 2009

Kuih Tempatan

PENGENALAN
Di negara kita terdapat pelbagai jenis kuih
tempatan yang boleh didapati dalam dua jenis, iaitu jenis manis dan savouri. Kebanyakan kuih tempatan dimasak dengan cara mengukus, membakar, menggoreng dan sebagainya.
Kuih tempatan mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat dan lemak. Ia boleh dihidangkan untuk sajian sarapan, minum pagi, minum petang dan hidangan majlis keramaian
.

SUMBER KUIH TEMPATAN
Pengertian Kuih Tempatan
Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan
menggunakan bahan-bahan tempatan
seperti sayur-sayuran berubi, beras pulut,
tepung beras, kelapa, gula melaka dan
sebagainya.


Sumber Kuih Tempatan
Bahan-bahan tempatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan kuih tempatan ialah ubi kayu, keladi, kelapa, keledek, sagu, gula melaka dan beras pulut.
Bahan-bahan tempatan ini kaya dengan karbohidrat dan zat galian tetapi kekurangan protein dan vitamin.



Ubi kayu, keledek dan keladi
Merupakan sayur-sayuran berubi yang mengandungi banyak kanji.
Ubi kayu sering diparut sebelum digunakan untuk membuat kuih seperti kuih ubi kayu kukus dan lepat ubi kayu.
Keledek pula direbus dan kemudian dilecekkan untuk dijadikan kuih seperti kuih keria.


Sagu
Diperbuat daripada empulur pokok palma sagu.
Didapati dalam 2 jenis iaitu sagu mata ikan dan sagu telur ikan.
Dimasak atau dimakan dengan bahan-bahan lain seperti santan, kelapa atau gula.

Tepung beras
Digunakan untuk membuat bater penyadur.
Digunakan untuk kuih yang hendak dikukus seperti kuih kosui, kuih lompang, kuih lapis dan lain-lain.


Gula melaka
Diperbuat daripada nyira pokok kelapa.
Berwarna perang dan memberi warna perang kepada kuih yang menggunakannya seperti kuih kosui dan inti kuih ketayap.


Kelapa
Kaya dengan lemak dan vitamin yang larut lemak.
Digunakan dalam bentuk parutan atau santannya.
Santan memberikan rasa lemak kepada kuih tersebut.


Beras pulut
Sejenis beras yang melekat apabila dimasak.
Biasanya digunakan untuk kuih yang dimasak dengan cara memasak.
Kuih beras pulut dilazatkan dengan santan atau inti.

No comments:

Post a Comment