Sunday, October 16, 2016

Roti Nan Cheese Mudah

Bahan-bahan yang diperlukan..

-1kilo tepung gndum

- ½ cawan plnta

- ½ cawan gula

- 2½ cawan air

- 1 sdb mauripan

- Cheese keping

Cara-cara:-
1. Masukn gula dalm air kacau..

2. Masukn tepung, planta, mauripan dalam bekas gaul sampai sebati... pastu tuang air + gula ke dalam tepung sikit2 dan uli sampai tepung x melekat tapi jangan keras bncuhan.... tutup dengan kain basah dan perap dalam ½ jam.

3. Bila bncuhan dah naik tumbuk-tumbuk kan tepung tu.. pastu uli bulat2 besar dan masukn chese ke dalam tepung dan canaikan leper.... biar dalam 15 minit pastu masak dalam kuali pan dengan api perlahan... tutup kuali dengan penutup dan bila dah nampak masak sapukn dengan majerin... tu membuat roti jadi sedap bau nye... potong dan boleh makan cicah dengan kari dal atau terpulang nak cicah ape aje ....

Sumber : FB Kamariah Maria

Friday, January 9, 2015

Mendonut

Cerita hari nie... al kisah kemarin pergi upah baju di rumah jiran depan rumah. Masa pergi kak Ayu beritahu dia tengah goreng donut. Kak Ayu bagi sepiring wow lembutnya.... anak-anak kemain berebut suka. Sebelum ni pernah juga aku buat donut tapi kurengg lembut huhu...

Maka hari ni try test la buat.. rupa-rupanya kena bubuh minyak sikit dalam doh dan gabungkan yis dan baking powder... baru la tembam dan lembut donut tu..

Bahan
2 cawan tepung gandum
2 sudu besar marjerin
2 sudu besar susu tepung
1 biji telur
1 sudu besar minyak masak
1/2 peket yis mauripan
1 sudu kecil baking powder
1/2 cawan air suam
1 sudu besar gula

Cara buat
1. Bancuh yis , gula dalam air suam.
2. Gaul tepung dan baking powder.
3. Satukan bancuhan yis dan tepung. Masukkan telur, marjerin dan minyak.
4. Uli sehingga doh lembut.  Biarkan naik 2 kali ganda.
5. Bentukkan dan goreng.  Angkat dan gaul dengan gula halus.

Selamat mencuba!

Monday, December 22, 2014

Puding Roti Marble

Lama dah sebenarnya buat puding ni tapi baru sempat nak upload...nak updatr blog pun bercinta dengan line macam siput..

Puding roti marble

20 g agar2 kering
4 cawan air
4 keping roti
1 1/2 cawan gula
1 kotak santan 200ml
1 cawan air
2 sudu besar marjerin
2.biji telur
2 sudu besar serbuk koko

Cara buat:
1. Masak agar2 dgn air dan gula
2. Blend roti, santan, telur dan 1 cawan air
3. Dah blend masukkan dalam agar2 tadi
4. Masukkan marjerin dan kacau hingga cair.
5.bahagikan kpd 3 bahagian.. warna asli ,  kuning dan bancuh dgn serbuk koko.
6. Masukkan senduk demi senduk.  Cth asli..atasnya tuangkan warna kuning fan seterusnya...tuang secara berlapis2.
5. Siap dan sejukkan.

Step tapis dsb pandai2 la korang ye.. :)

Saturday, October 18, 2014

Khasiat EPAL Hijau

Mengunyah sebiji epal atau meminum jusnya setiap hari sudah cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolesterol dalam badan.
Kajian menunjukkan epal mengandungi elemen kesihatan phytonutrient yang boleh melambatkan pengoksidan kolesterol yang tidak baik.

Berikut ialah kelebihan dan khasiat epal hijau yang perlu kita ketahui:
1. Membantu mencegah pembinaan kolesterol dalam dinding salur darah.
2. Mengurangkan risiko penyakit jantung.
3. Membantu kesihatan membran paru-paru.
4. Membantu kesihatan tulang dengan menambah bahan kimia (boron) pada mineral tulang.
5. Membantu kesihatan sistem kardiovaskular dengan mengekalkan tahap kolesterol darah.
6. Membantu mengekalkan berat badan.
7. Mengurangkan tekanan penyakit asma.
8. Mengurangkan risiko barah.
9. Adalah digalakkan untuk memakan epal bersama dengan kulitnya kerana sebahagian kandungan vitamin C terletak di bawah kulitnya.
10. Untuk mereka yang mempunyai masalah sembelit atau sistem penghadaman, kisarkan epal hijau dengan saleri dan minum setiap pagi sebelum sarapan. Amalan ini dapat membersihkan saluran usus serta membuang toksid dengan pantas menerusi sistem pencernaan. Zat masam epal hijau sememangnya merupakan pembersih tubuh yang sangat baik.
11. Untuk kesegaran kulit wajah pula, potong epal hijau dan rendamkan seketika dalam air batu selama 5 minit. Kemudian letakkan hirisan epal hijau tersebut di atas muka dan biarkan selama 15 minit. Pasti anda dapat rasakan kesegarannya dan jika diamalkan selalu boleh melicinkan kulit muka.

Sunday, August 31, 2014

Di sini lahirnya sebuah cinta!!

31 Ogos 2014

Oops sorry 2014 punya update!!

Maaf baru dapat nak update blog. Bz dgn anak2 dan kerjaya...bulan Syawal dah habis....anak pun dh bertambah hehe...

Nnt saya update lagi slow2..

Tuesday, October 2, 2012

Sirih Pulang Ke Gagang

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia..........dah lama tak update blog ni rindu rasanya....nampak gayanya blog ini akan diperbaharui....sesuai dengan peredaran zaman..heheh..tunggu yaaa