Sunday, June 28, 2009

Aising Royal


Bahan-bahan

2 biji Putih telur ( saiz besar)
450g Gula aising (diayak)



Cara membuat:

1. Masukkan putih telur ke dalam bekas pemutar elektrik.
2. Putar putih telur dan perlahan-lahan masukkan gula aising selama 10 – 12
minit dengan kelajuan sederhana.
3. Pastikan aising royal ditutup dengan kain lembap atau dibubuh di dalam
bekas plastik bertutup. Ia tidak payah disimpan di dalam peti sejuk. Tahan
disimpan selama dua hari.

Thursday, June 4, 2009

Kuih Tempatan

PENGENALAN
Di negara kita terdapat pelbagai jenis kuih
tempatan yang boleh didapati dalam dua jenis, iaitu jenis manis dan savouri. Kebanyakan kuih tempatan dimasak dengan cara mengukus, membakar, menggoreng dan sebagainya.
Kuih tempatan mengandungi banyak nutrien seperti karbohidrat dan lemak. Ia boleh dihidangkan untuk sajian sarapan, minum pagi, minum petang dan hidangan majlis keramaian
.

SUMBER KUIH TEMPATAN
Pengertian Kuih Tempatan
Kuih tempatan ialah kuih yang dihasilkan
menggunakan bahan-bahan tempatan
seperti sayur-sayuran berubi, beras pulut,
tepung beras, kelapa, gula melaka dan
sebagainya.


Sumber Kuih Tempatan
Bahan-bahan tempatan yang biasa digunakan untuk menghasilkan kuih tempatan ialah ubi kayu, keladi, kelapa, keledek, sagu, gula melaka dan beras pulut.
Bahan-bahan tempatan ini kaya dengan karbohidrat dan zat galian tetapi kekurangan protein dan vitamin.



Ubi kayu, keledek dan keladi
Merupakan sayur-sayuran berubi yang mengandungi banyak kanji.
Ubi kayu sering diparut sebelum digunakan untuk membuat kuih seperti kuih ubi kayu kukus dan lepat ubi kayu.
Keledek pula direbus dan kemudian dilecekkan untuk dijadikan kuih seperti kuih keria.


Sagu
Diperbuat daripada empulur pokok palma sagu.
Didapati dalam 2 jenis iaitu sagu mata ikan dan sagu telur ikan.
Dimasak atau dimakan dengan bahan-bahan lain seperti santan, kelapa atau gula.

Tepung beras
Digunakan untuk membuat bater penyadur.
Digunakan untuk kuih yang hendak dikukus seperti kuih kosui, kuih lompang, kuih lapis dan lain-lain.


Gula melaka
Diperbuat daripada nyira pokok kelapa.
Berwarna perang dan memberi warna perang kepada kuih yang menggunakannya seperti kuih kosui dan inti kuih ketayap.


Kelapa
Kaya dengan lemak dan vitamin yang larut lemak.
Digunakan dalam bentuk parutan atau santannya.
Santan memberikan rasa lemak kepada kuih tersebut.


Beras pulut
Sejenis beras yang melekat apabila dimasak.
Biasanya digunakan untuk kuih yang dimasak dengan cara memasak.
Kuih beras pulut dilazatkan dengan santan atau inti.

Wednesday, May 6, 2009

jom join....







jom join adikbijak.com..

banyak buku-buku menarik di sini khas untuk keluarga dan anak-anak...

untuk keterangan lebih lanjut...jom layari & jadi ahli untuk menikmati diskaun & hadiah menarik di...










Sunday, April 5, 2009

Pancake


Bahan-bahan:

1 biji telur –grade A
1 cawan tepung gandum
1 camb baking powder
3 camb gula kastor
3 camb marjerin cair

1/2 cawan susu UHT


Cara membuat:

1. Ayak tepung gandum bersama baking powder.
2. Pukul telur dan gula sehingga kembang.
3. Masukkan susu, tepung dan mentega cair.
4. Lenserkan dan panaskan kuali dengan sedikit marjerin.
5. Tuangkan sesenduk kecil adunan dan biarkan sehingga masak.Hidang bersama jem/ madu dsb.

Waffle


Bahan-bahan:

65 g marjerin
40g gula halus
1/4 sudu esen vanilla
secubit garam
t2 1/2 biji telur
1/2 sudu teh serbuk penaik
115 ml susu


Cara membuat:

1. Pukul marjerin, gula, garam, esen vanilla dan telur sehingga kembang
2. Kaup balikkan tepung dan serbuk penaik.
3. Tuangkan susu dan kacau sehingga sebati.
4. Panaskan dulang pembakar waffle sapukan dengan marjerin.
5. Bubuh adunan ke dalam dulang dan baker ‘waffle’ selama 4-5 minit sehingga perang keemasan.

Muffin

Bahan-bahan:

65 g majerin
60 g gula halus
1 1/2 telur
125 g tepung gandum
1 sudu besar serbuk penaik
65 ml susu


Cara membuat:

1.Panaskan ketuhar pada suhu 190 c. Alas tin pembakar muffin dengan acuan kertas.
2.Putar majerin dan gula halus hingga ringan dan kembang. Masukkan telur sedikit demi sedikit.
3.Kaup balikkan tepung dan serbuk penaik. Tuangkan susu dan kacau sedikit
4.Letakkan adunan ke dalam beg ‘piping’ dan paipkan adunan untuk mengisi acuan kertas.
5.Jika suka hiaskan dengan kepingan badam, coklat cip, kismis atau kelapa kering.
6.Bakar dalam ketuhar selama 20-25 minit.

Friday, April 3, 2009

Kaedah Memasak

Tadi waktu makan2 aku terdengar perbualan tentang kaedah memasak. Aku pasti ada yang belum dapat membezakan di antara merendidih dan merebus. Sebenarnya aku pun macam tu sebelum aku ambik home science degree ni... tak apa mari kita kongsi..

MENGUKUS
Memasak dalam wap air mendidih seperti apam dan pulut kuning.

MEREBUS
Memasak dalam cecair mendidih seperti telur rebus dan bubur nasi.

MENCELUR
Memasukkan makanan ke dalam air mendidih dalam masa yang singkat seperi tauge dan mi.

MERENEH
Memasak bahan makanan dalam cecair mendidih menggunakan api perlahan.
Mengambil masa yang lama seperti kari ikan.

MERENDIDIH
Memasak dalam cecair dalam api sederhana dalam masa yang lama seperti rendang daging dan ketupat.